LOGO HMA 2015


Logo Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2015



RASIONAL LOGO HARI MUZIUM ANTARABANGSA

Negeri Perak sebagai tuan rumah Hari Muzium Antarabangsa peringkat Kebangsaan 2015 sememangnya mempunyai sejarah panjang dan gemilang. Selain beberapa peristiwa dan perkara pertama berlaku di Malaysia ini terjadi di Negeri Perak, kegemilangan ini juga diwarisi melalui sejarah Kesultanan Melayu yang terus didaulatkan. Justeru dengan mengambil inspirasi dari kegemilangan sejarah kesultanan dan warisan Melayu, citra Bunga Kelompang diangkat menjadi logo perayaan kali ini. 

Bunga ini direka sedang kembang bagi menggambarkan keceriaan dan semangat warga Muzium bagi menyambut peristiwa ini. Ianya di warna-warnikan bagi menunjukkan kepelbagaian aktiviti yang diadakan sempena Hari Muzium ini. 

Bulatan putih di tengah bunga mewakili aspirasi Muzium sebagai  wadah pendokumentasi, penerangan dan penyampaian ilmu kepada masyarakat. Ada 14 Kelopak bunga yang mewakili Negeri-negeri di Malaysia.

Jalur warna seakan bendera negeri Perak seakan mengalu-alukan rakan warga muzium dari lain-lain Negeri berkunjung ke Perak, bumi bertuah ini.