PENGENALAN

Pada 18 Mei setiap tahun, muzium-muzium di seluruh dunia akan merayakan Hari Muzium Sedunia. Bagi tahun 2015 tema yang ditetapkan ialah “Museum For Sustainable Society”.

Sambutan seperti ini akan dapat memberi peluang untuk menarik perhatian masyarakat terhadap program-program muzium melalui aktiviti-aktiviti yang akan diadakan sepanjang perayaan tersebut.

Perak Darul Ridzuan telah dipilih sebagai tuan rumah sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2015 yang akan diadakan pada 31 Julai 2015 hingga 6 Ogos 2015.